Pemuda lemas dalam kolam kebun
Iklan
Mangsa meninggal dunia selepas ditemui terjatuh ke dalam kolam ketika menyiram anak pokok gaharu.
MELAKA – Seorang pekerja kebun gaharu meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam sedalam kira-kira 0.3 meter di kawasan kebun di Lorong Gaung Piring, Cheng di sini pada Khamis.
Mangsa, Gan Ping Hong, 18 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata insiden itu hanya disedari selepas rakan mangsa gagal menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp sekitar jam 11.30 pagi.
“Rakan mangsa telah menghantar mesej tetapi tidak menerima sebarang maklum balas. Bimbang dengan keadaan itu, dia bersama seorang lagi rakan pergi ke lokasi bagi mencari mangsa yang sebelum itu melakukan tugas menyiram anak pokok gaharu.
Iklan
“Setibanya di kawasan kebun, mereka menemui mangsa berada dalam kolam sebelum menariknya ke tebing dan menghubungi pihak ambulans,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Christopher berkata, hasil siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Iklan
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Hasil laporan mendapati punca kematian adalah akibat lemas,” katanya.
Ujarnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>