Buruh mengaku bersalah rogol remaja 14 tahun dalam stor

Iklan
Pekerja buruh mengaku rogol budak 14 tahun dalam stor Ogos lalu. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang pekerja buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol kenalan remaja perempuan berusia 14 tahun, Ogos lalu.

Tertuduh, Yarits Dzikri Yunus,20 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 13 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan pada 22 Ogos 2025 jam lebih kurang 3.30 petang di sebuah stor berhampiran dengan kediaman di Kampung Ulu Beranang, Lenggeng di Seremban.

Iklan

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama maksimum 20 tahun dan sebat.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk fakta dan hukuman serta laporan sosial.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 November ini.