Kes bunuh dua beranak: Tiga lelaki warga Nepal disambung reman

Iklan
Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini disambung tujuh hari lagi hingga 7 November ini. Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM - Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini disambung tujuh hari lagi hingga 7 November ini.

Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, kesemua suspek termasuk abang kepada suspek utama dengan berpakaian lokap tiba di mahkamah pada jam 9 pagi secara berasingan.

Pada 18 Oktober lepas, mangsa Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan maut dalam rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, dengan mayat wanita itu di dapur dan kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Iklan

Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun selama seminggu hingga 25 Oktober lepas, sebelum menahan tiga lelaki Nepal berkenaan bagi membantu siasatan.

Suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah dan direman tujuh hari hingga hari ini. - Bernama

Iklan