Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan pengamal media

Iklan
Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan media bagi liputan keputusan perbicaraan ibu Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan petugas media bagi membuat liputan perbicaraan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Jumaat.

Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini kes berprofil tinggi tersebut.

Iklan
Iklan

Petugas media mula berkumpul seawal jam 8 pagi dengan kawalan keselamatan diperketat menjelang keputusan penting kes pengabaian kanak-kanak autisme itu.

Turut kelihatan petugas keselamatan mahkamah menjalankan kawalan di sekitar pintu masuk hadapan kompleks berkenaan.

Iklan

Turut kelihatan datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan ketika tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat

Terdahulu dilaporkan, nasib ibu kepada kanak-kanak autisme itu sama ada akan dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas satu pertuduhan pengabaian akan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Iklan

Berdasarkan sistem kehakiman, keputusan akan disampaikan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh pada jam 9 pagi.