Musuh dalam selimut perjanjian AS-Malaysia
Iklan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika menyampaikan ucapan beliau semasa majlis menandatangani perjanjian damai Kemboja-Thailand dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Muhammed A Khalid)
PERJANJIAN Perdagangan Timbal Balik Malaysia-AS yang ditandatangani kini diraikan oleh segelintir pihak sebagai kejayaan diplomatik.
Namun, realitinya jauh indah khabar dari rupa. Perjanjian ini bukan sahaja bertentangan dengan dasar luar negara yang tidak berkecuali, malah ia adalah satu penyerahan besar autonomi dasar negara kita demi konsesi yang sangat minimal.