Puteri Balqis sudah bertunang

Iklan
Pelakon Puteri Balqis menerusi hantaran di media sosial berkongsi foto majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Didi.

PELAKON Puteri Balqis menerusi hantaran di media sosial berkongsi foto majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Didi.

Dalam masa yang sama, pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 18, itu turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

Iklan
Iklan

Pelakon yang pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu kelihatan anggun mengenakan busana serba putih ketika disarungkan cincin oleh wakil keluarga pihak lelaki.

Tidak berkongsi tarikh majlis berkenaan, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menitipkan sebuah puisi indah yang berjudul 'Surat dari ibuku, Kafziel' yang ditulis pada 12 Ogos.

Iklan

Terdahulu, Puteri Balqis memaklumkan telah bertunang dengan Didi dan menjelaskan bahawa ibunya mengalami masalah berkaitan mental.

Namun pelakon remaja itu bersyukur kerana keluarga tunangnya memahami keadaan itu. - SinarPlus

Iklan