KANGAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki serta merampas 35 ekor lembu dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa sebarang dokumen pemindahan haiwan ternakan dianggarkan bernilai RM245,000 di Chuping dekat Padang Besar, semalam.
Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, lelaki berusia 23 dan 49 tahun itu ditahan bersama sebuah treler oleh sepasukan anggota Kompeni A, Batalion 1 PGA, Ulu Kinta, Perak yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer (KM) 24 Chuping pada jam 6 petang.