KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter, manakala RON97 dinaikan enam sen kepada RM3.20 seliter bagi tempoh 30 Oktober hingga 5 November ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik enam sen kepada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.