Kedah teliti bantu golongan berpendapatan harian
Iklan
Mukhriz (kanan) ketika meninjau Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi memastikan operasi menangani pandemik Covid-19 lancar.
ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang meneliti beberapa cara bagi membantu golongan yang menerima pendapatan secara harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, golongan berkenaan ialah penjaja kecil, penoreh getah dan nelayan maka perkara ini perlu diperhalusi sebaiknya supaya tidak memberi kesan negatif terhadap kepada pihak lain.
Iklan
Iklan
"Nelayan yang balik ke pelantar, biasanya ada peraih yang menunggu. Kalau kita tak benarkan peraih menunggu, nelayan pula merasakan tiada keperluan untuk ke laut. Ini antara perkara yang sedang diteliti," katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit, semalam.
Iklan
Sementara itu, Mukhriz berkata, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) hari ini akan membincangkan kaedah penyampaian bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Implikasi Covid-19 sebanyak RM10 juta seperti diumumkan sebelum ini.
"Sepatutnya pakej rangsangan ini dimulakan setelah PKP berakhir namun ketika ini kita lihat ramai yang memerlukan bantuan," katanya.
Iklan
Mukhriz berkata, antara aspek yang akan diberi keutamaan ialah berkaitan agihan untuk menyalurkan bantuan berkenaan secepat mungkin.
"InsyaALLAH kita akan berbincang dengan persatuan dan wakil golongan tertentu seperti petani dan nelayan mengenai cara terbaik menyalurkan bantuan itu," katanya.
Menurutnya, pakej rangsangan itu merupakan tambahan kepada RM12.785 juta yang diluluskan kerajaan negeri setakat semalam, sebagai sebahagian daripada inisiatif menangani pandemik Covid-19.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.