Tukang masak wanita minta Mat Tere tunjuk kemaluan ditahan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat lalu mengenai keluarga yang meminta orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap Mat Tere.
PASIR MAS - Seorang tukang masak wanita yang didakwa meminta insan 'istimewa' Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau Mat Tere menunjukkan kemaluannya menerusi siaran langsung TikTok ditahan polis pada Ahad bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
Mohd Yusoff semasa sidang akhbar di IPD Pasir Mas pada Selasa.
"Kita reman suspek selama empat hari. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Selasa.
Iklan
Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan, keluarga Mat Tere meminta orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Ini ekoran tular video terbaharu Mat Tere menunjukkan kemaluannya selepas diminta oleh seorang wanita dalam siaran langsung di TikTok.
Iklan
Sebelum itu pada 2017, lelaki dari Ketereh itu pernah ditahan selepas didakwa menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melalui penyebaran video di media sosial.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>