KUALA LUMPUR - Perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semasa pertemuan dua hala pada Selasa menumpukan kepada keseimbangan semula perdagangan global dan pengukuhan rangka keselamatan kewangan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi Madani juga dibincangkan bersama.