12 tentera Israel cedera dalam kemalangan operasi di sempadan Gaza

Iklan
Semua mangsa telah dihantar ke hospital tentera untuk menerima rawatan lanjut dan keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan - Foto: Agensi

TEL AVIV – Sekurang-kurangnya 12 anggota tentera Israel (IDF) cedera dalam satu kemalangan operasi yang berlaku berhampiran sempadan Gaza pada Ahad, menurut kenyataan rasmi tentera Israel.

Daripada jumlah itu, dua anggota dilaporkan cedera agak teruk manakala 10 lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa telah dihantar ke hospital tentera untuk menerima rawatan lanjut dan keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati nahas itu melibatkan perlanggaran tiga kenderaan jenis Hummer semasa operasi dijalankan di kawasan sempadan.

Menurut beberapa anggota yang terlibat, kejadian berlaku apabila debu tebal menghalang pandangan pemandu menyebabkan kenderaan bertembung antara satu sama lain.

Iklan

Pihak tentera kini sedang menyiasat kemungkinan nahas berpunca daripada kelajuan berlebihan atau kehilangan kawalan semasa konvoi bergerak di kawasan operasi.

Seorang pegawai tentera di sempadan Gaza berkata, “Tiada penguatkuasaan khusus dilakukan di kawasan Palestin ketika ini, namun sebaik peraturan dan sekatan dikuatkuasakan, anggota akan lebih berhati-hati. Mujur tiada kematian dalam kejadian pagi ini.”

Iklan

Insiden terbaharu ini berlaku hanya sebulan selepas sebuah Hummer tentera terbalik di utara Gaza pada September lalu, yang turut mencederakan 10 askar. Dua daripada mereka terpaksa diterbangkan ke Hospital Universiti Hadassah di Jerusalem untuk rawatan kecemasan. – Agensi