Dron, serangan kereta kebal Israel sasar peronda UNIFIL di selatan Lubnan

Iklan
UNIFIL beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978 dan diperkukuhkan secara besar-besaran selepas perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah pada 2006 melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

ISTANBUL - Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Ahad memaklumkan satu daripada pasukan perondanya diserang menggunakan bom tangan oleh dron dan kereta kebal Israel berhampiran Kfar Kila di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi.

UNIFIL dalam kenyataannya berkata, serangan Israel itu"melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan serta kedaulatan Lubnan, dan menunjukkan sikap tidak mengendahkan keselamatan anggota pengaman yang melaksanakan mandat Majlis Keselamatan di selatan Lubnan.”

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Misi pengaman itu turut memaklumkan bahawa sebuah dron Israel terbang di atas rondaan UNIFIL di kawasan sama, menyebabkan pasukan pengaman mengambil langkah pertahanan bagi meneutralkan ancaman itu.

Iklan

UNIFIL beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978 dan diperkukuhkan secara besar-besaran selepas perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah pada 2006 melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

Israel berulang kali melancarkan serangan udara di Lubnan dengan alasan menyasarkan infrastruktur Hizbullah walaupun gencatan senjata telah berkuat kuasa sejak November 2024.

Iklan

Mengikut terma perjanjian gencatan itu, tentera Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan selewat-lewatnya Januari 2025.

Namun, sehingga kini, pengunduran itu hanya dilakukan sebahagian, dan Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di lima pos sempadan. - Bernama