KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) menunjukkan kemajuan sebenar dengan ASEAN komited untuk memuktamadkannya pada akhir tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, para pemimpin ASEAN gembira untuk meneruskan perbincangan dan kerjasama dengan India memandangkan kedua-dua pihak bersedia untuk Pelan Tindakan ASEAN-India 2026-2030.
Iklan
Iklan
"Kita mahu memuktamadkan AITIGA pada tahun ini. Jadi, sememang terdapat beberapa kemajuan sebenar, bukan sahaja untuk Malaysia,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22 di sini, pada Ahad.
AITIGA, ditandatangani pada 2009, telah menjalani semakan sejak 2023.
AITIGA bertujuan mewujudkan aliran bebas barangan antara negara anggota ASEAN dan India, yang akan mengurangkan halangan perdagangan, memperkukuh hubungan ekonomi, mengurangkan kos perniagaan, meningkatkan perdagangan, memperluas pasaran serta menguntungkan dari segi kos bagi perniagaan. - Bernama