'Trump datang ada tujuan lain' - Gerakan

Iklan
Dominic Lau

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump datang ke Malaysia bukan untuk melawat negara ini, sebaliknya mempunyai tujuan lain.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, tujuan utama kedatangan Trump bagi menjalin hubungan baik dengan Australia.

Iklan
Iklan

“Beliau datang sini bukan nak lawat Malaysia. Dia nak Lynas, dia nak rare earth (unsur nadir bumi).

“Beliau nak beli rare earth, sebab itu dia nak wujudkan hubungan baik dengan Australia. Jadi, itu niat utama kedatangannya,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri ke-50 Gerakan Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Gerakan berhubung lawatan Trump yang tiba ke Malaysia pada Ahad sempena Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama dua hari.

Trump selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menaiki pesawat Air Force One yang mendarat sekitar jam 9.54 pagi.

Iklan

Ketibaan Trump disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta Duta Besar Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D Kagan.

Dominic menegaskan, Gerakan dan juga Perikatan Nasional berpendirian jelas iaitu menolak kedatangan Trump yang dianggap tidak memberi sebarang manfaat kepada negara.

“Pendirian kita memang menolak kedatangan Trump kerana apa-apa yang dilakukan olehnya adalah sebagai Presiden Amerika Syarikat sahaja.

“Kita tak nampak sebarang manfaat daripada kedatangannya ke Malaysia. Tambahan pula, dia sudah menggunakan kuasanya dalam isu Palestin. Itu yang kita memang tak setuju. Wanita dan kanak-kanak tak bersalah, kenapa perlu ada peperangan?

“Kita tidak boleh terima jika Amerika Syarikat terus campur tangan dalam peperangan ini. Kita memang tidak setuju,” katanya.