‘Nah, gula-gula untuk awak’ - Gusmao santuni pengamal media

Iklan
Gusmao sempat menyantuni pengamal media sambil memberikan gula-gula manis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke -47 di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao sempat menyantuni pengamal media yang dua jam berdiri di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi membuat liputan penuh Sidang Kemuncak ASEAN ke -47.

Beliau menghampiri wartawan untuk bertanyakan khabar sambil memberikan gula-gula manis di dalam poket sutnya.

Iklan
Iklan

“Saya tengok muka awak macam penat dan lapar. Nah, saya beri gula-gula untuk awak,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Ahad.

Gusmao terkenal dengan sikapnya yang gemar menyantuni dan bergurau senda dengan pemberita, begitu juga ketika Sidang Kemuncak ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua, di sini pada Mei lalu.

Iklan

Dengan senyuman mesra, beliau menghampiri kumpulan pengamal media di dalam kawasan yang dikhaskan untuk mereka dan menghulurkan coklat dan gula-gula.

 

Iklan