Anggota trafik dilanggar Hilux semasa tugas iringi delegasi ASEAN

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan insiden kemalangan anggota trafik dengan sebuah Toyota Hilux di Lebuhraya Elite, Kuala Langat pada Sabtu.

KUALA LANGAT - Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang sedang melaksanakan tugas mengiring delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 terlibat kemalangan di Kilometer 22.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini pada Sabtu.

Mangsa berusia 35 tahun berpangkat Koperal menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Iklan
Iklan

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Haji Hassan Basri berkata, kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu menyebabkan anggota lelaki terbabit mengalami patah betis kiri, cedera di pergelangan kaki dan lutut sebelah kiri.

"Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Iklan

Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang sedang melaksanakan tugas mengiring delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 terlibat kemalangan.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ini.

Sebelum itu, tular satu rakaman video memaparkan anggota yang menaiki motosikal dilanggar sebuah Toyota Hilux di laluan kiri lebuh raya terbabit.