Kajian dedah vaksin Covid-19 bantu panjangkan hayat pesakit kanser

Iklan
Satu kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature mendedahkan bahawa vaksin koronavirus jenis mRNA berpotensi memanjangkan jangka hayat pesakit kanser tertentu. Agensi

UNITED KINGDOM – Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature mendapati vaksin Covid-19 berasaskan mRNA berpotensi membantu memanjangkan jangka hayat pesakit kanser tertentu.

Kajian itu meneliti rekod kesihatan pesakit yang sedang menjalani rawatan imunoterapi bagi kanser paru-paru dan kanser kulit, dengan membandingkan mereka yang menerima vaksin mRNA dengan pesakit yang tidak divaksin.

Iklan
Iklan

Hasilnya menunjukkan pesakit yang menerima vaksin mRNA mempunyai tempoh hayat median hampir dua kali ganda lebih lama berbanding kumpulan tidak divaksin.

Para penyelidik percaya vaksin berkenaan mungkin mengaktifkan semula sistem imun tubuh untuk mengenal pasti dan melawan sel kanser, meskipun mekanisme sebenar masih belum difahami sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Ketua penyelidik kajian itu menegaskan, lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk memahami sepenuhnya bagaimana vaksin Covid-19 boleh memberi kesan positif terhadap rawatan kanser. -Agensi