IMPIAN beregu badminton campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie untuk mara ke separuh akhir Terbuka Perancis Super 750 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan handalan, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping di Cesson-Sevigne pada Jumaat.
Pasangan nombor sembilan dunia itu tunduk 18–21, 16–21 dalam tempoh 43 minit kepada gandingan nombor dua dunia yang ternyata lebih konsisten dalam permainan serba pantas dan bertenaga di gelanggang Glaz Arena.