20 mangsa letupan bunga api di Kulim dibenar pulang

Iklan
Insiden letupan bunga api di Paya Besar, Kulim pada 20 Oktober lalu.

ALOR SETAR - Sebanyak 20 mangsa insiden letupan bunga api di Kulim pada 20 Oktober lepas telah dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, manakala seorang lagi dirujuk ke Hospital Pulau Pinang.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memaklumkan pada hari kejadian, 21 mangsa yang terlibat telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim, sebelum seorang daripadanya dihantar ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

"Lima mangsa telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut dengan tiga daripada telah selamat menjalani pembedahan.

"Kesemua lima mangsa telah dibenarkan pulang dengan rawatan susulan. Dalam pada itu, 15 mangsa lain yang hanya mengalami kecederaan ringan telah dibenarkan pulang sebaik mendapat rawatan pesakit luar di hospital berkenaan,” katanya.

Iklan
Iklan

Isnin lepas, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan memaklumkan 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat Kulim. - Bernama