'Perkahwinan Kamal Adli, Uqasha Senrose ikut syarak' - Pengarah JAIP

Iklan
Jabatan Agama Islam Pahang. - Foto hiasan

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan pernikahan pasangan artis, Kamal Adli atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, dan Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau Uqasha Senrose, 33, adalah mengikut syarak.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, pasangan itu dinikahkan jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada 4 November 2021.

Iklan
Iklan

Laporan Sinar Harian mengenai permohonan cerai Uqasha pada Rabu. Gambar kecil: Ahmad Khirrizal

Menurutnya, majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran bapa kandung Uqasha Senrose, Nik Sen Mat Ripin sebagai wali mujbir pengantin perempuan.

Iklan

"Akad nikah dijalankan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1.

"Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Uqasha sebelum ini mendakwa diperbodohkan Kamal dan keluarga apabila memanipulasikan tarikh pernikahan mereka.

Pengesahan JAIP itu meredakan spekulasi status perkahwinan Kamal dan Uqasha yang kini berdepan kemelut rumah tangga.