Soon Huat–Shevon terus berbisa di bumi Perancis

Iklan
Soon Huat–Shevon kekal momentum positif di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, Perancis. Foto: AGENSI

BEREGU badminton campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai meneruskan langkah cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750 pada Khamis.

Soon Huat–Shevon mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil Scotland, Alexander Dunn–Julie MacPherson di Glaz Arena, Cesson-Sévigné.

Iklan
Iklan

Pasangan ranking kesembilan dunia itu mempamerkan aksi dominan sepanjang perlawanan untuk menamatkan saingan dalam masa hanya 27 minit dengan kemenangan 21-13, 21-10.

Keputusan positif berkenaan sekali gus melebarkan rekod kemenangan kedua ke atas gandingan ke-22 dunia tersebut dalam dua pertemuan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Soon Huat–Shevon dipaksa bermain tiga set sebelum dapat melepasi pasangan Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17 dalam aksi hampir sejam bagi memastikan tiket ke pusingan kedua.