Penumpang wanita maut, abang cedera kereta e-hailing langgar penghadang

Iklan
Seorang wanita maut manakala abangnya cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar penghadang besi di Kilometer 28.7 Lebuhraya Damansara-Puchong pada Rabu.

SUBANG JAYA – Seorang wanita maut manakala abangnya cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar penghadang besi di Kilometer 28.7 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Bandar Kinrara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan.

"Akibat kejadian, penumpang belakang sebelah kiri, seorang wanita berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Iklan
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala penumpang belakang sebelah kanan, seorang lelaki berumur 21 tahun yang juga abang kepada mangsa, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemandu e-hailing berkenaan turut mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan.

Iklan

"Keadaan jalan yang basah selepas hujan dipercayai menjadi punca kemalangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Mohd Faizul Ahmad Suhaimi di talian 019-4757385.