Hutan paya bakau 'lesap’, rumah penduduk hanya 20 meter dari laut

Iklan
Hakisan menyebabkan hutan paya bakau belakang rumah Roshidee 'lesap' dan rumahnya hanya 20 meter dari laut.

SUNGAI PETANI - Kejadian hakisan yang semakin kritikal di Kampung Huma, Tanjung Dawai sejak kebelakangan tahun ini menyebabkan hutan paya bakau 'lesap' dihanyutkan ombak.

Penduduk, Roshidee Mohd Noor, 38, mendakwa, sebelum ini wujud hutan paya bakau di belakang rumahnya namun semuanya hilang sedikit demi sedikit.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini, jarak rumah dengan laut hanya kira-kira 20 meter sahaja...hutan paya bakau pun dah hilang," katanya.

Roshidee merupakan salah seorang mangsa hakisan dalam kejadian ombak besar di Tanjung Dawai pada Rabu sehingga menyebabkan sebilangan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan
Kerja-kerja meletakkan batu dibuat bagi mengurangkan hakisan di Kampung Huma, Tanjung Dawai.

"Stor yang saya bina di belakang rumah untuk simpan barang-barang habis runtuh semalam, tak sempat selamatkan perkakasan yang ada dalam tu.

"Kalau dibiarkan lama lagi mungkin hakisan lebih teruk dan risiko kepada kami, oleh itu, saya minta segerakan projek pembinaan benteng yang dirancang kerajaan," katanya.

Iklan

Difahamkan, setakat ini, sebanyak 11 buah rumah terjejas teruk akibat kejadian tersebut dan 29 laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 50 penduduk Kampung Huma, Tanjung Dawai, dekat sini dipindahkan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Cheng akibat ombak besar pada Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, PPS dibuka pada jam 6 petang dan mangsa terdiri daripada 23 buah keluarga.