Remaja lelaki mengaku rogol teman wanita

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengaku bersalah merogol teman wanitanya dua tahun lalu.

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki yang menghidap penyakit sawan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol teman wanitanya berusia 15 tahun 10 bulan, dua tahun lalu.

Tertuduh yang kini berusia 18 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, remaja tersebut didakwa merogol mangsa di dalam bilik tidur sebuah rumah di Taman Kemuning, Senawang pada pertengahan Januari 2023.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk laporan sosial dan mencadangkan jaminan RM8,000.

Bapa tertuduh yang hadir ke mahkamah sebagai penjamin memaklumkan kepada mahkamah yang dia bekerja sebagai pembantu khidmat am di sebuah jabatan kerajaan dan hanya mampu membayar jaminan RM3,000.

Iklan

Katanya, anaknya mempunyai penyakit sawan dan kini dalam rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman 19 November ini.