KUANTAN - Seorang penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) maut selepas motosikal ditunggang melanggar bongkah kayu lalu terbabas masuk ke bawah lori sampahdi Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur persimpangan Semambu di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam nahas kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa, Saiful Edry S Sapari, 19, beralamat dari Felda Jengka 14, Bandar Pusat Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.