Pearly–Thinaah buka langkah kanan di Perancis

Iklan
Pearly–Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas atasi cabaran Yin-hui–Jhih Yun di Glaz Arena, Cesson-Sévigné.

BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah membuka kempen Terbuka Perancis Super 750 dengan langkah kanan selepas menewaskan gandingan Hsu Yin-hui–Lin Jhih Yun dari Taiwan pada aksi pusingan pertama di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, malam Rabu.

Pearly–Thinaah berstatus naib juara dunia itu menampilkan persembahan bertenaga untuk mencatat kemenangan 21-16 set pertama.

Iklan
Iklan

Namun set kedua Yin-hui-Jhih Yun bangkit mengikat kedudukan apabila menang 24-22 sebelum Pearly-Thinaah kembali garang dengan kemenangan 21-12 dalam masa 47 minit, sekali gus meraih kemenangan pertama ke atas pasangan Taiwan tersebut dalam rekod pertemuan.

Sementara itu, cabaran perseorangan lelaki, Leong Jun Hao pula berakhir apabila tumpas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen, 21-16, 21-15 dalam masa 43 minit.

Iklan

Kekalahan itu menyaksikan Jun Hao kini ketinggalan 0–2 dalam rekod pertemuan menentang Axelsen.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa terpaksa akur selepas tewas kepada wakil India, Unnati Hooda, dalam aksi tiga set sengit.

Iklan

Letshanaa bermula cemerlang dengan kemenangan 21-11 pada set pertama, namun lawannya bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-16 dalam tempoh satu jam tiga minit.

Sementara itu, pasangan Go Pei Kee–Mei Xing terpaksa menarik diri selepas Pei Kee mengalami kecederaan buku lali kiri ketika sesi latihan terakhir menjelang perlawanan.