63 maut dalam kemalangan jalan raya di barat Uganda

Iklan

KAMPALA - Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku awal pagi Rabu, lapor Xinhua memetik sumber polis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis, nahas berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam waktu tempatan di Lebuhraya Kampala-Gulu, di daerah Kiryandongo, barat Uganda.

Iklan
Iklan

Kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu dua bas penumpang, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Tata. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan