Kerajaan Madani capai kemajuan positif selesaikan tuntutan MA63 bagi Sabah - PM
Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Madani telah mencapai kemajuan positif dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi Sabah.
Beliau berkata, menerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sebanyak 13 tuntutan di bawah MA63 telah diselesaikan.
Iklan
Iklan
"Antara tuntutan yang dipersetujui bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah termasuklah penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd kepada kerajaan Sabah, malah kerajaan Persekutuan tetap menyediakan RM1.2 bilion untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sesi penerangan mengenai Pendirian Kerajaan Madani Berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah di Dewan Rakyat pada Rabu.
Iklan
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani juga mengiktiraf Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Bekalan Air Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182.
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan turut menyerahkan kuasa kelulusan perolehan bagi Projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah hingga RM50 juta.
Iklan
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tuntutan yang telah diselesaikan termasuk pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 (Akta 533) bagi melantik wakil kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga menyokong pertumbuhan sektor minyak dan gas di Sabah supaya dimanfaatkan rakyat negeri itu yang menyaksikan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) telah dimeterai dengan kerajaan Sabah pada Disember 2021.
"Menerusi CCA, kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan anak Sabah untuk berkecimpung dalam industri minyak dan gas Sabah.
"Dengan sokongan Kerajaan Madani, kerjasama tersebut membuahkan hasil dengan kontraktor minyak dan gas Sabah memperoleh projek bernilai RM2 bilion pada 2024," katanya.
Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju supaya Sabah mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada negeri sekitar RM2 bilion setahun.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan Kerajaan Madani sedaya upaya menyelesaikan segala tuntutan MA63 yang tertunggak sejak puluhan tahun, meningkatkan kadar pemberian khas kepada Sabah dan menambah peruntukan mengurus dan pembangunan setiap tahun, demi kesejahteraan negeri itu.
"Komitmen ini adalah berterusan supaya segala obligasi Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi selain menambah baik pemberian khas Sabah sesuai dengan keperluan perkhidmatan kerajaan Sabah dan kemampuan fiskal Kerajaan Persekutuan.
"Inilah tekad Kerajaan Madani dan seperti yang kita janjikan," katanya. - Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.