Empat remaja tak mengaku lakukan amang seksual terhadap pelajar Tingkatan Tiga

Iklan
Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu. Foto Bernama

 

BALING - Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu.

Iklan
Iklan

Keempat-empat remaja berusia 15 dan 17 tahun itu membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, kesemua remaja terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Iklan

Tiga pertuduhan didakwa dilakukan di ladang sawit Becah Sawa Mukim Siong dan satu pertuduhan didakwa dilakukan di dalam kelas sebuah sekolah di sini pada Jun, Julai dan Ogos lalu.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun boleh dikenakan dan boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dengan syarat tidak mengganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 27 November depan.

Sebelum ini, media melaporkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar ditahan kerana disyaki terlibat dalam penularan rakaman video serta perbuatan tidak bermoral membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun akan didakwa pada Selasa.