'Arwah suami pesan cari Roziana sampai dapat'
Iklan
Ramlah menunjukkan gambar Roziana sambil diperhatikan oleh ibunya, Amanah.
SEREMBAN – “Baliklah, along... mak dah penat menangis sampai dah tak keluar lagi air mata.”
Itu luahan pilu Amanah Daud, 68, yang masih menanti kepulangan anak sulungnya, Roziana Md Derus, 47, yang dilaporkan hilang 16 tahun lalu.
Iklan
Iklan
Roziana dilaporkan hilang sejak 15 Oktober 2009.
Paling menyedihkan, hasrat suami Amanah untuk berjumpa dengan anaknya itu turut tidak kesampaian kerana meninggal dunia pada Februari lalu.
Iklan
Menurut Amanah, sehingga kini anak perempuannya itu gagal dikesan, malah status kehidupannya juga tidak diketahui.
“Pada tarikh kehilangannya iaitu 15 Oktober 2009, saya cuba menghubunginya beberapa kali, tapi gagal.
Iklan
“Saya mula berasa tidak sedap hati dan kemudian datang mencarinya di tempat kerja di Seremban tetapi diberitahu bahawa dia tidak datang kerja pada hari tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Cerita Amanah lagi, dia kemudian membuat laporan polis selain berusaha mencari anaknya itu di pelbagai tempat, namun gagal.
Tambahnya, sebagai ikhtiar lain, dia turut meminta bantuan sebuah akhbar untuk menyiarkan berita kehilangan anaknya itu pada 2013 namun tetap tidak berhasil.
“Saya tak pernah berhenti berharap supaya dia pulang ke pangkuan keluarga dan arwah suami pun pesan supaya saya cari Roziana sampai dapat.
“Keadaan kesihatan arwah suami saya juga terjejas kerana terlalu rindukan Roziana sehinggalah dia meninggal dunia pada bulan Februari lalu,” katanya.
Malah, warga emas ini turut memaklumkan bahawa matanya hampir tidak dapat melihat kerana terlalu kerap menangis merindukan Roziana.
Sementara itu, Ramlah yang merupakan anak bongsu Amanah berkata, dia masih berasakan kakaknya masih hidup, namun tidak dapat meneka di mana lokasinya berada.
Ujarnya, kakaknya itu sudah berkahwin tetapi telah berpisah dan mempunyai seorang anak perempuan.
“Sebelum dilaporkan hilang, dia tinggal di sebuah rumah sewa di Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini dan ketika itu berusia 31 tahun.
“Kami tak tahu sama ada kakak hilang kerana menghadapi masalah sebab dia tak pernah cerita apa-apa. Tapi dengan adik-beradik, kami tak pernah berselisih faham,” katanya.
Ramlah turut mengakui pernah berputus asa untuk mencari kakaknya, namun kembali berusaha kerana memegang pesanan arwah bapanya.
Sehubungan itu katanya, keluarga merayu mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai Roziana supaya menghubungi mereka di talian 010-4224967.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.