Mapim, Enda Group jalin kerjasama bantu ibu tunggal jadi usahawan

Iklan
Ibu tunggal akan dibantu untuk bangkit daripada penerima bantuan menjadi penyumbang ekonomi keluarga dan masyarakat.

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bekerjasama dengan Enda Group Sdn Bhd apabila menubuhkan Akademi Siti Khadijah berpengkalan di Nilai, Negeri Sembilan.

Akademi Siti Khadijah merupakan platform latihan kemahiran berstruktur khusus untuk ibu tunggal, golongan sasar dan kumpulan B40 yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran jahitan, keusahawanan dan daya saing wanita ummah.

Iklan
Iklan

Setiausaha Agung Mapim, Muhammad Faris Hussain berkata, kerjasama tersebut meluaskan lagi misi kemanusiaan Mapim bukan hanya di luar negara seperti Palestin, tetapi juga dalam konteks tempatan.

Menurutnya, melalui kerjasama tersebut golongan ibu tunggal akan dibantu untuk bangkit daripada penerima bantuan menjadi penyumbang ekonomi keluarga dan masyarakat.

Iklan

”Melalui pendekatan berorientasikan impak sosial dan kolaborasi saya yakin penubuhan Akademi Siti Khadijah diyakini mampu melahirkan lebih ramai wanita berdikari.

“Ini secara tidak langsung golongan ini dapat menyumbang kepada keluarga, komuniti dan ekonomi negara, seiring dengan semangat perjuangan dalam membina ummah yang berdaya saing dan berwibawa," katanya pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, itulah erti perjuangan sebenar iaitu membina kehidupan, bukan sekadar memberi bantuan.

Muhammad Faris berkata, program latihan dua pada 11 dan 12 Oktober lalu di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan dihadiri seramai 12 peserta dari Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Latihan intensif dikendalikan Pensyarah Kanan Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Nor Hasimah Zakaria bersama tiga lagi tenaga pengajar UPSI

“Setiap peserta turut menerima kit jahitan lengkap termasuk mesin jahit dan peralatan asas bagi memudahkan proses pembelajaran,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perancangan Strategik Kumpulan Enda Group Sdn Bhd, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, Kerjasama pihaknya bersama MAPIM diyakini mampu melahirkan lebih ramai wanita berdikari.

Menurutnya, penubuhan Akademi Siti Khadijah dijangka dapat membantu golongan sasar seperti ibu tunggal dapat menjadi usahawan berkemahiran dalam bidang jahitan.