Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-16 sambung beri keterangan di Mahkamah Koroner

Iklan
Inkues turut dihadiri oleh pasukan-pasukan peguam yang dibenarkan Mahkamah Koroner.

KOTA KINABALU - Hari ke-25 prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir diteruskan dengan keterangan saksi ke-25 di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.

Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-16 menyambung semula keterangannya selepas hadir di Mahkamah Koroner pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, selain saksi tersebut, turut disediakan saksi kanak-kanak lain untuk memberi keterangan pada sesi petang.

"Ya, sambung saksi pada Khamis lalu untuk memberi keterangan pada hari ini (Selasa).

Iklan

"Turut disediakan satu atau dua saksi baharu untuk petang ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum itu, prosiding melibatkan kanak-kanak dijalankan secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Iklan

Inkues turut dihadiri oleh pasukan-pasukan peguam yang dibenarkan Mahkamah Koroner menjadi pihak berkepentingan bagi mewakili anak guam masing-masing termasuk ibu dan bapa Zara Qairina.

Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya iaitu Shahlan Jufri,  Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.