Cenergi unggul di ASEAN Energy Awards 2025

Iklan
Ir Yew Hoe (dua dari kanan) bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua dari kiri) merakam gambar bersama.

SELARI dengan sektor tenaga boleh baharu negara yang kian berkembang pesat, Cenergi SEA Berhad (Cenergi) meraih dua pengiktirafan berprestij di bawah kategori Tenaga Boleh Baharu Atas Grid (Grid Kebangsaan) di ASEAN Energy Awards 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Ir Kwok Yew Hoe, pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kedudukan syarikat selaku pembangun loji janakuasa biogas efluen kilang minyak sawit (POME) grid bersambung terbesar di Malaysia.

Iklan
Iklan

Anak syarikat UEM Lestra Berhad tersebut mengendalikan portfolio meluas merangkumi biomethane, solar, hidro kecil dan inisiatif kecekapan tenaga di seluruh negara.

“Pengiktirafan di peringkat serantau ini bukan sahaja membuktikan bahawa kami berada di landasan tepat menerusi inovasi yang dibawakan tetapi juga merupakan manifestasi peranan penting Cenergi dalam melakar masa hadapan tenaga boleh baharu di Malaysia.

Iklan

“Seiring dengan iltizam ASEAN untuk beralih ke arah lanskap tenaga yang lebih bersih dan bersepadu, Cenergi komited untuk terus meneroka kaedah yang lebih inovatif dalam mentransformasi sisa buangan kepada tenaga bersih, selain mengurangkan pelepasan karbon,” ujar beliau.

Anugerah berkenaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Iklan

Loji Janakuasa Biogas 1.56MW Cenergi West di bawah kendalian Cenergi yang terletak di Pulau Carey, Selangor dinamakan sebagai pemenang bagi loji janakuasa biogas efluen kilang minyak sawit berprestasi tinggi dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berimpak tinggi.

Projek tersebut diiktiraf atas penjanaan tenaga boleh baharu berasaskan efluen sawit yang mampan, disokong oleh inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Di samping itu, Ladang Solar Tenaga 11.3MWp di Sungai Tiang, Kedah di bawah skim New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) yang dikendalikan Cenergi pula telah mendapat tempat kedua sebagai perintis penjana solar dagangan.

Selaku projek solar agrivoltaik dagangan pertama di Malaysia, ladang solar berkenaan merupakan yang terawal mengorak langkah dalam liberalisasi pasaran tenaga dengan membolehkan penjualan terus tenaga elektrik bersih kepada grid kebangsaan mengikut harga pasaran.

Cenergi terus menerajui usaha peralihan tenaga dengan inisiatif melangkaui pembangunan tenaga boleh baharu.

Pada 2024, syarikat telah menerbitkan kredit karbon daripada loji biogas POME yang disahkan Verra pertama di Malaysia, didagangkan di platform Bursa Carbon Exchange pada tahun ini.

Selain itu, Cenergi juga giat meneroka pendekatan baharu bagi menyokong usaha dekarbonisasi dalam sektor penerbangan, termasuk potensi penerbitan kredit karbon selaras dengan garis panduan CORSIA (Carbon Offsetting and Reduction Scheme for International Aviation).