Hannah ucap tahniah kepada Mohamad Yusof sambar jersi pelangi kejuaraan dunia

Iklan
Mohamad Yusof meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Brazil. Foto FB Hannah Yeoh

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, atas kejayaan meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.

Dalam hantaran di Facebook pada Isnin, Hannah berkata, atlet berusia 28 tahun itu bukan sahaja juara dunia dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1, tetapi turut menjadi atlet para pertama negara membawa pulang jersi pelangi.

Iklan
Iklan

"Jersi Pelangi adalah simbol kejuaraan dunia yang paling berprestij dalam sukan berbasikal. Malaysia bangga dengan anda dan seluruh pasukan Berbasikal Trek Para Malaysia,” katanya.

Mohamad Yusof menjadi atlet terpantas melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol, Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral, Ivan Ermakov.

Iklan

Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih pingat perak acara 1 kilometer kategori MC1. - Bernama

 

Iklan