Kes tikam pelajar: Hannah beri jersi Team MAS sebagai penghormatan buat Shing Xuen

Iklan
Hannah (dua kiri) memberi penghormatan kepada mendiang Shing Xuen dengan meletakkan jersi Team MAS di kerandanya sambil dibantu Lee Ping (kiri). - Foto ihsan FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberikan penghormatan kepada mendiang Yap Shing Xuen dengan meletakkan jersi Team MAS di tempat persemadiannya.

Hannah berkata, mendiang seorang remaja yang gemar bermain bola tampar dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Iklan
Iklan

"Saya memberitahu ibunya Wong Lee Ping bahawa saya mahu Shing Xuen memiliki jersi kebangsaan kita dan Lee Ping berkata Shing Xuen pasti akan menyukainya.

"Kami mendoakan agar keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan di atas kehilangan mereka yang amat menyakitkan ini. Malaysia turut berduka bersama-sama mereka,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Iklan

Mendiang merupakan pelajar 16 tahun yang maut akibat ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lepas.

Mayat pelajar perempuan itu akan disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan yang berakhir malam tadi. - Bernama

Iklan