Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

Iklan
Keadaan tiga kereta yang terlibat kemalangan di KM13 Jalan Bahau-Rompin.

JEMPOL - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Jalan Bahau-Rompin di sini, pada malam Ahad.

Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun dan merupakan kelindan lori dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang New Rompin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Persona, Honda City dan Perodua Viva.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu Proton Persona lelaki berusia 39 tahun dari Bahau menuju ke Rompin.

Iklan

"Pemandu Honda City lelaki berusia 39 tahun dan Perodua Viva lelaki berusia 32 tahun pula dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, pemandu Proton Pesona dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Iklan

Akibatnya kata beliau, kenderaannya telah bergesel dengan Honda City dan kemudian melanggar pula Perodua Viva secara berhadapan lalu menyebabkan Proton Persona itu terbakar.

"Pemandu Perodua Viva yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu Proton Persona cedera ringan dan pemandu Honda City tidak cedara.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya," katanya.

Norhisham berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.