JOHOR BAHRU - Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 1.30 pagi, Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, individu yang dikenali sebagai S Dhurgashri itu mempunyai ketinggian 155 cm dan berat sekitar 45 kilogram.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, wanita berketurunan India itu mempunyai rambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, bentuk mata yang kecil dan berwarna hitam serta memiliki kening yang agak tebal serta bentuk badan yang kurus.
"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat terhadap individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Taman Puteriwangsa, Ulu Tiram itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323.
"Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.