Wanita disimbah asid oleh kekasih kerana mahu putus hubungan

Iklan
Pihak polis giat mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri.

PETALING JAYA - Gara-gara mahu memutuskan hubungan, seorang wanita cedera dipercayai disimbah cecair mengandungi asid oleh kekasihnya dalam kejadian di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sebuah kedai makan melecur sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa dan suspek merupakan warga asing yang mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih.

Iklan

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di PPUM akibat kecederaan melecur dipercayai terkena simbahan cecair yang disyaki asid," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Iklan

"Polis turut merakam percakapan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.