Langkah tempatkan polis di sekolah isyarat sekolah tempat selamat – Yuneswaran
Iklan
Langkah kerajaan menempatkan anggota polis di sekolah merupakan isyarat jelas bahawa institusi pendidikan perlu menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar. Gambar fail Bernama (Gambar kecil: R Yuneswaran)
SHAH ALAM – Langkah kerajaan untuk menempatkan anggota polis di sekolah merupakan isyarat jelas bahawa institusi pendidikan perlu menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar.
Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran menyambut baik usaha kerajaan itu dalam membendung peningkatan insiden keganasan yang melibatkan pelajar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebelakangan ini negara berdepan peningkatan kejadian tidak bermoral, termasuk kehilangan nyawa yang amat menyayat hati.
“Saya berasa lega apabila isu ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, dan kerajaan mahu memastikan kehadiran polis di sekolah menjadi isyarat bahawa institusi pendidikan adalah tempat yang selamat.
Iklan
“Pada masa sama, keputusan kerajaan untuk melaksanakan pemeriksaan mengejut di sekolah juga merupakan langkah bijak kerana dapat mengurangkan risiko pelajar membawa senjata, dadah dan bahan berbahaya lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Yuneswaran, beliau turut menyokong usaha kerajaan untuk menuntut tanggungjawab yang lebih besar daripada platform media sosial terhadap kandungan yang dipaparkan serta mengehadkan akses kepada remaja bawah umur.
Iklan
“Selain itu, cadangan memperkenalkan sistem pengesahan identiti elektronik (eKYC) bagi mengelakkan individu bawah 16 tahun terdedah kepada kandungan ganas, lucah dan berunsur kebencian adalah inisiatif yang wajar disokong,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>