Dakwaan kesan 200 tikaman: Polis masih tunggu laporan bedah siasat

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai dakwaan ibu mangsa bahawa ahli patologi memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 kesan tikaman pada anaknya.

PETALING JAYA - Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat sebelum dapat mengesahkan jumlah kesan tikaman membabitkan kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh bedah siasat kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita sudah merakam keterangan 127 saksi terdiri daripada pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, keluarga mangsa dan suspek.

"Polis juga akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi lain yang boleh membantu siasatan,” katanya pada Jumaat.

Iklan

Sebelum itu, ibu mangsa menerusi satu sidang akhbar mendakwa ahli patologi memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 kesan tikaman pada anaknya.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.

Iklan

Suspek kemudian ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, polis mengesahkan menemui nota bertulis"Dunia ni palsu. Saya sudah menang" dipercayai ditulis pelajar lelaki berusia 14 tahun terbabit