KANGAR - Seorang pensyarah sebuah institut kemahiran di Perlis pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar lelaki pada Februari lepas.
Syed Luqman Syed Muhammad Arif, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS), didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Qairil Mohammad Zahid, 22, di pondok pengawal keselamatan institut kemahiran tersebut di Beseri pada jam 9.45 malam 22 Februari lepas.