Polis Pulau Pinang tingkat rondaan di sekolah asrama

Iklan
Azizee

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan mempertingkatkan rondaan di sekolah yang mempunyai asrama di negeri ini sebagai langkah pencegahan terhadap kejadian buli melibatkan pelajar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, rondaan akan dijalankan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV) khususnya pada waktu malam bagi memastikan kehadiran polis di sekolah sentiasa dirasai.

Iklan
Iklan

“Secara prinsipnya, polis akan mengambil tindakan terhadap semua kes buli yang berlaku.

“Sebagai langkah pencegahan, kita akan menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dengan lebih kerap di sekolah-sekolah yang terlibat.

Iklan

“Pada masa sama, URB dan MPV akan digerakkan untuk memasuki sekolah berasrama pada waktu malam bagi meningkatkan kehadiran polis di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang serta pelancaran PDRM Solidarity Fun Ride 2026 Jambatan Kedua, di Ibupejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu diambil susulan beberapa insiden jenayah dan kes buli yang dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Iklan

Menurutnya, kehadiran anggota polis di kawasan sekolah diyakini dapat mewujudkan suasana yang lebih selamat selain mencegah sebarang perlakuan tidak bermoral dalam kalangan pelajar.