Amah tipu diperkosa suami majikan rupanya suka sama suka dihukum penjara

Iklan
Amah tersebut dikatakan mula menjalinkan hubungan seksual dengan suami majikannya yang berusia 40 tahun pada September 2024. Gambar hiasan

SINGAPURA - Gara-gara menipu diperkosa suami majikan, seorang amah berdepan padah setelah dia dihukum penjara selama tujuh hari.

Warga Indonesia berusia 36 tahun itu dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah pada Selasa.

Iklan
Iklan

Wanita itu mula menjadi pembantu rumah di kediaman keluarga warga tempatan di Ubi pada Mei 2023 dan turut mengasuh anak majikannya yang berusia sebulan.

Amah tersebut dikatakan mula menjalinkan hubungan seksual dengan suami majikannya yang berusia 40 tahun pada September 2024.

Iklan

Menurut pendakwa raya, perbuatan itu dilakukan secara rela dan mereka telah melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya empat kali di rumah tersebut dan kali terakhir pada 24 Februari lalu.

"Amah itu bagaimanapun mendakwa dia dirogol lebih daripada sekali menerusi aduan serangan seksual dibuat kepada polis.

Iklan

"Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Dia disoal siasat beberapa kali sebelum mengaku berbohong walaupun telah menerima wang poket tambahan daripada suami majikannya," menurut laporan CNA pada Khamis.

Sementara itu, peguam amah tersebut menjelaskan dia rasa bersalah dan mahu menamatkan hubungan terlarang itu kerana mengesyaki ia mungkin sudah diketahui majikannya.

Wanita itu juga bimbang jika dihantar pulang ke Indonesia kerana perlu terus bekerja di Singapura untuk menjana pendapatan buat keluarganya. - Agensi