Azriyn Ayub-Wee Kiong singkir Won-ho-Seung-jae dari Terbuka Denmark

Iklan
Azriyn Ayub-Wee Kiong singkirkan beregu pilihan dari Korea Selatan pada Khamis. FOTO: AGENSI

DUA beregu badminton negara menampilkan aksi bertenaga apabila mara ke suku akhir Terbuka Denmark Super 750 yang berlangsung di Jyske Arena, Odense pada Khamis.

Dalam acara beregu lelaki pasangan berpengalaman Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, straight set 21-19, 21-14 dalam masa 36 minit.

Iklan
Iklan

Rentak cemerlang itu turut diteruskan pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, yang menundukkan pasangan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara, 21-13, 21-18 dalam aksi berdurasi 37 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan kedua-dua wakil negara itu melangkah ke pusingan suku akhir dengan penuh keyakinan, sekali gus mengekalkan momentum positif skuad negara dalam siri jelajah Eropah kali ini.

Iklan
Iklan