Pekerja restoran didakwa beri rasuah RM3,000 kepada pegawai MBIP

Iklan
Mohd Yasin (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan rasuah.

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Yasin Abdul Karim, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Yasin didakwa memberi wang tunai RM3,000 kepada pegawai penguatkuasa MBIP sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana melakukan kesalahan Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Penjaja MBIP (2020).

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP, Johor Bahru, pada 19 Januari 2023, jam 3 petang.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazal Lisam Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam Chai Chee Ping.

Iklan

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia serta syarat lapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 November depan.