Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Nu’man Mohd Salleh

PELAKON veteran, Nu’man Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Charlie yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat, meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Rabu.

Adik Allahyarham, Yusri Salleh berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuannya di Sri Rampai, Kuala Lumpur pada 8.15 malam.

Iklan
Iklan

"Arwah terlantar sakit pada Khamis lepas dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lalu disahkan menghidap kanser usus.

"Arwah kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat. Keadaannya tenat dan tidak boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati selepas zohor, esok, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh.

Allahyarham Charlie yang merupakan bapa tunggal meninggalkan tujuh orang anak. - Bernama

Iklan