SHAH ALAM – Sistem perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan sementara selepas kedua-duanya menghadapi masalah bekalan kuasa kira-kira jam 8.30 malam Rabu.
Malaysia Airports berkata, susulan kejadian itu, prosedur pemulihan penumpang telah segera diaktifkan dan pasukan tindak balas lapangan terbang digerakkan bagi membantu penumpang yang berada di dalam tren untuk dibawa ke terminal dengan selamat.