Israel terus cabul gencatan senjata, kereta kebal lepas tembakan di Khan Yunis

Iklan
Rakyat Palestin mencari di timbunan runtuhan bangunan akibat serangan bom Israel di Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

GAZA - Dalam pelanggaran jelas terhadap pengumuman gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Kereta kebal tentera pendudukan melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Yunis dan Kota Gaza.

Iklan
Iklan

Sumber perubatan melaporkan pada malam Selasa bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin - termasuk 38 mayat yang baru ditemukan - serta 29 yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah itu.

Iklan

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, manakala pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan yang teruk. - Bernama-WAFA

 

Iklan