Kertas siasatan kes rogol babit empat pelajar dirujuk kepada pendakwa raya

Iklan
Dzulkhairi (tengah) ketika sidang akhbar di (IPD) Jasin di sini, pada Rabu.

JASIN - Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung kes salah laku seksual membabitkan empat pelajar lelaki Tingkatan Lima dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah negeri ini kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, keputusan sama ada kesemua pelajar itu akan dituduh bila dijangka diketahui dalam masa terdekat ini.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan sudah disiapkan dan dilengkapkan. Kita menunggu arahan daripada DPP sama ada untuk menuduh kesemua mereka minggu ini atau sebaliknya," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku sekitar jam 2.50 petang pada 2 Oktober lepas dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.

Iklan

Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.

Susulan itu empat suspek direman bermula Sabtu lalu hingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Iklan